Sabtu, 5 Disember 2009

Satu, Dua, Tiga dan Empat

SATU,
kasih nan abadi
Tiada tandingi
Dia yang satu...

DUA,
sayang berpanjangan
Membawa ke syurga
Kasihnya ibu...

TIGA,
lapar dan dahaga
rela berpayahan
setianya ayah...

EMPAT,
mudah kau temui
berhati selalu
Beza antara, kasih dan kekasih

Ibu,
ku ingat dahulu
menyisir rambutku, kemas selalu

Ayah,
menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu, bila dewasa.

Sayang,
dengar lagu ini
untuk kau sandarkan, buat pedoman

Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Harus kau renungkan

Andai,
kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya

Andai, kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan