Isnin, 7 Disember 2009

Suasana Di Hari Raya

A; Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )

A:Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

E:Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )

A:Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

E:Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

( ulang korus 1 & 2 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan